Assalamulaikum..hai semua, dah lame saya tidak meng'update blog ini kan..Okay, kali saya akan menyediakan tutorial lengkap bagaimana nak memasang OS Ubuntu Linux dalam OS Microsoft Window dengan menggunakan Wubi. Wubi adalah software yang digunakan untuk memasang sebarang distro Linux seperti Ubuntu, Linux Mint, Fedora dan sesetengah distro linux..
Okay, berbalik pada tujuan asal, kenapa saya memilih OS Ubuntu sebagai OS kedua selepas Microsoft Window kerana ia adalah sesuai untuk beginer user yang baru berkenalan dengan Linux, ok..yang pertamanya[1] ia datang dari sumber terbuka(open OS) yang sememangnya percuma dan tidak memerlukan sebarang key untuk meng'active'kan..anda download, install dan terus boleh menggunakannya dengan tersedia segala application ataupun software tanpa anda perlu install seperti LibreOffice(mengantikan Microsoft Office), Video player, Banshee(mp3 player), pelbagai jenis game, Mozila Firefox, dan banyak lagi la...Keduanya[2], anda tidak perlu bimbang soal driver, kerana Ubuntu tersedia hampir semua jenis driver..Ok yang ketiga[3] paling saya suka hehehee, kerana Linux bebas dari sebarang virus..Anda tidak perlu install antivirus atau pening kepala seperti anda menggunakan OS Microsoft walaupun sebenarnya mempunyai virus tetapi virus ini tidak se'jahat' virus pada OS Window dan laptop or pc anda tidak akan terjadi skrin biru(blue screen of death).. Memasang Ubuntu didalam Microsoft Window mempunyai beberapa cara dan saya memilih menggunakan wubi, sebab senang hehehe tetapi anda tidak dapat merasai 100% performance ubuntu sebenar, bagi saya 95% kot hehehe...Ini dinamakam Dualboot os..
Ok la da banyak bercerita nanti korang bosan pulak kan..Dibawah saya sediakan tutorial bagaimana Memasang Ubuntu Dalam Window Menggunakan Wubi.. Baca dengan teliti sebelum menbuat tindakan...Peace\./
1. Ok pertama sekali korang boleh download Ubuntu di sini. Pilih ubuntu yang korang suka dan click pada PC (Intel x86) desktop CD untuk download.
2. Pemasangan Ubuntu menggunakan wubi ini memerlukan 1 partition yang kosong dan tidak bercampur dengan partition 'Local Disk C'. Pastikan partition mempunyai saiz lebih kurang dalam 30Gb hingga 50Gb ataupun pon lebih.
3. Selepas selesai download, korg extract file Ubuntu dalam format iso.
4. Seterusnya adalah langkah penting menggunakan Wubi untuk install Ubuntu didalam window..
i). Double clik pada Wubi installer.
ii). Di"installation drive" adalah perkara penting, dimana korang perlu memilih partition yang betul..(jangan pulak korang terpilih partition C sudah...)
iii). Pilih Saiz Installation mengikut keperluan anda..jika anda memerlukan saiz besar, maka pilihlah saiz yg lebih besar..(jika tidak mahu biarkan sedia ada)
iv). Namakan Ubuntu mengikut citarasa anda.
v). Masukkan password.
vi). clik install.
5. Proses intallation didalam window bermula.
6. Selepas selesai, restart laptop or pc korg..
7. Proses installation Ubuntu bermula.
8. Process installation selesai, ia akan restart sendiri. Selepas laptop atau pc korg start, korg perlu memilih Ubuntu untuk log in dan tekan enter.
9. masukkna password Ubuntu korang dan tekan enter.
10. Ok selesai pon...maka selamat datang ke dunia LINUX..selangkah anda memasuki dunia LINUX yg penuh dengan kepantasan..huhuhu..korg xperlu lah nk refresh banyak kali setiap melakukan apa-apa kerana takde refresh pon..hahaha..jika anda menggunakan usb broadband, anda perlu masukkannya buat sedikit setting untuk pertama kali dan secara automatik terus connect , tak perlu korg install software nya. Ia menggunakan konsep plug and play. "cucuk" broadband dan terus guna..
Ok, dan langkah terakhir, oleh kerana menggunakan Wubi, korang memerlukan sambungan internet untuk men'download plugin' di "Update Manager". Jika korang tidak tahu dimana letaknya "Update Manager", korang click pada home icon dan taipkan pada search. Download plugin mungkin mengambil masa yang agak panjang bergantung pada kelajuan internet korang lah..
Selepas selesai, Ubuntu tersedia untuk digunakan. Kepada newbie korang bolehlah bermain-main dan menbiasakan menggunakan Ubuntu. Jika korang memerlukan software tambahan seperti adobe reader/flashplayer, skype ataupun pelbagai lg, korang tidak perlu risau untuk mencari di google, korang boleh menggunakan "Ubuntu software source" untuk mencari, download dan akan install secara automatik. Di Ubuntu semua mudah untuk anda..Semoga artikal ini dapat membantu anda..
Jika anda tidak mahu menggunakan Ubuntu atau mahu memasang version yang lain, korang boleh membuang atau uninstall Ubuntu didalam Microsoft Window dengan melalui Unistall a program di Control panel.
Jika anda tidak mahu menggunakan Ubuntu atau mahu memasang version yang lain, korang boleh membuang atau uninstall Ubuntu didalam Microsoft Window dengan melalui Unistall a program di Control panel.
sekian...










No comments:
Post a Comment